5 Jun 2015 | Aktiviti TerkiniPengenalan Kepada Google Apps
Pada 4 Jun 2015, Pusat Internet Padang Besar (s) telah mengadakan kelas mengenal aplikasi Google bersama para pelajar menengah atas iaitu pelajar lepasan SPM. Aktiviti ini diadakan pada pukul 3.30 petang sehingga 5.30 petang bertempat di Pusat Internet Padang Besar (s). Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang kegunaan Google Apps dalam kehidupan seharian dan mengajar cara untuk menggunakan aplikasi tersebut dalam membantu pembelajaran mereka. Aktiviti ini dimulakan dengan taklimat pengenalan tentang Google Apps yang sesuai digunakan. Kemudian, mereka perlu membuat akaun google untuk mengunakan aplikasi Google tersebut. Mereka juga diperkenalkan tentang media social Google+ dan Hangout serta storan online iaitu Google Drive.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: